Cerita Seram 1
Nama aku Jiminie. Aku merupakan seorang yang berketurunan kacukan Malay-Korea. Ibu aku merupakan keturunan Melayu manakala bapaku merupakan Korea asli. Ramai orang mengatakan bahawa rupa aku saling tidak tumpah seperti artis Kpop yang bernama Jimin dari kumpulan Bts. Aku dahulunya telah dijaga oleh nenekku sejak dari kecil lagi. Ibu bapaku sibuk menguruskan pekerjaan mereka dan mempunyai syarikat milikan bapaku sendiri di Korea. Sehingga aku sudah melangkaui alam dewasa, aku masih lagi membesar bersama dengan nenekku. Rumah nenekku tidaklah seindah sekata manisnya berbanding perumahan penduduk di sini. Tetapi aku tidak terlalu menghiraukannya kerana aku telah lama membesar disini malah lebih suka tinggal disini kerana keindahan permandangan di kampung ini. Berbalik pada ibu bapaku, hanya sekali sekala sahaja ibu bapaku pulang ke Malaysia untuk melawat kami disini. Kadangkala aku merasakan diriku terabai tetapi nenekku telah berpesan padaku bahawa mereka berkerja keras sehingga ke menara gading semata mata demi aku.Oleh itu aku terpaksa akur dengan kata-kata nenek. Mereka juga telah berjanji untuk membawaku dan nenekku ke Korea membina keluarga disana kelak.
Wednesday, February 3, 2016
Pada suatu malam, Aku baring berehat di atas katil di bilikku sendiri. Aku terlalu letih pada ketika itu kerana baru sahaja membantu nenekku berjualan di pasar malam yang terletak lebih kurang 500m dari rumahku. Aku berehat dan termenung akan apa yang terjadi pada masa depanku sedangkan aku masih tidak mendapat sebarang pekerjaan memandangkan keputusan SPM ku hanya mencapai lulus sahaja. Sedang asyik mengelamun sahaja, aku terlelap ketiduran tepat pada jam 12 tengah malam. Dalam keasyikan aku dibuai mimpi bertemu dengan bidadari yang indah tidak terkata rupanya, tidak semena-mena aku terjaga kerana tidak tertahan untuk membuang air besar. Setelah terbangun dari mimpi aku berkata kecil di dalam hatiku "Ahhh! Baru saja aku mau mendakap pipi bidadari itu tiba-tiba aku terbangun pula. Bikin kacau benar!" Lalu tanpa berlengah lagi aku bergegas ke bilik air untuk melepaskan hajatku.
Setelah sahaja selesai, aku kembali ke bilikku. Aku memandang jam di dinding yang menunjukkan telah hampir pukul 2 pagi. Aku masih mengantuk dan masih keletihan lagi. Mataku bagaikan tidak kelihatan sepeti telah dijahit dek kerana terlalu mengantuk. Lalu aku melihat ke arah katilku dan membayangkan katilku yang sangat empuk apabila dibaringkan badanku di atasnya. Aku bergerak ke katilku dan berniat untuk menyambung kembali mimpiku yang terbantut seketika tadi. Sedang ingin aku merebahkan badanku, dengan tersentak aku tidak sempat merebahkan badanku lalu terus bingkas bangun. Hal ini kerana aku terdengar satu bunyi yang sangat kuat seakan-akan ada sesorang yang mengenakan cangkul yang mengetuk-mengetuk batu kecil. Bunyinya tidak jauh hanya beberapa meter sahaja dari kedudukanku iaitu di luar tingkap sebelah bilikku. Aku ingin mengetahui apakah bunyinya itu dan berfikir adakah bunyi itu hanya khayalanku semata-mata. Lalu, aku memulakan langkahku setapak demi setapak menuju ke arah tingkap bilikku. Semakin aku maju, semakin kuat pula bunyinya. "Taaaaaakkk! taaaaaakkkk! taaaakkkkk!" Hatiku mula berdebar kencang saat aku melangkahkan kakiku.
Setelah aku hampir ke tingkap itu, aku dengan perlahan menyelak daun pintu yang telah usang dimamah anai-anai. "Kreeeeekkkkkkk..........." Kemudian aku menjulurkan kepala aku ke luar untuk melihat jikalau ada sesuatu. Yang anehnya, aku tidak melihat sebarang kelibat pun tetapi hanyalah kendengaran angin yang mendengus bagaikan menjerit meminta pertolongan. "Errrrrr, seram pula malam ini" kata hati kecilku. Tanpa berfikir panjang, aku menutup kembali daun pintu tingkap bilikku dengan perlahan. Setelah aku mengunci daun pintu tingkap itu, tidak sempat pun aku melangkah setapak bunyi yang baharu sahaja aku dengar sebentar tadi lagi kembali terdengar di telingaku. Kali ini bunyinya terlalu hampir dan seakan-akan berada di hadapanku. Aku memusingkan badanku semula kearah daun pintu tingkap yang telah aku kunci tadi. "Taaaaakkkk! Taakkkkk! Taaaaaakkkkkkkkk!" Kedengarannya berkali-kali. Aku membuka semula engsel kunci daun pintu tingkap itu perlahan dengan seluas-luasnya sehingga aku melihat satu kelibat seperti manusia sedang mencangkul tanah di kawasan luar rumahku. Kepala cangkulnya terkena pada batu-batu kecil setiap kali dia mengorek tanah yang keras itu. Aku tidak terkejut malah kehairanan kerana melihat susuk badannya yang tidak ubah seperti orang tua yang bongkok dan kulitnya kedut seribu memandangkan cahaya lampu nenekku yang menerangi kawasan di situ sehingga menampakkan seluruh tubuhnya. Aku berfikir jikalau dia ada niat yang tidak baik pada keluargaku lalu aku berteriak "Hei! Siapa tu??! Apa yang kau buat disini?" Teriak aku. Aku tidak nampak akan tampak wajahnya kerana dia tidak menoleh ke arahku, sebaliknya hanya dapat melihat sisinya sahaja. Dengan perlahan-lahan, dia menoleh kearah aku dan alangkah terkejutnya aku apabila melihatnya wajahnya yang sangat hodoh dan mengerikan berserta dilumuri dengan darah yang pekat. Sewaktu itu aku hanya terkaku, terdiam, dan tercengang bagaikan dirasuk. Lalu aku beristighfar lalu mengalihkan pandangan aku ke tepi dan terkumat-kamit membaca apa sahaja surah mulia yang terlintas di fikiran aku. Setelah aku puas membaca segala surah Al-Quran, Aku menoleh sedikit demi sedikit untuk melihat jika kelibat itu masih ada disitu. Aku bersyukur kerana kelibat itu telah pun lesap entah ke mana. Aku menghela nafas yang panjang lalu masih dalam ketakutan yang teramat sangat sehingga merasakan darah aku bagaikan terhenti, aku segera menutup daun pintu tingkap dengan pantas lalu terus berlari ke tempat tidurku dan memaksa diri runtuk melelapkan mata.
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\//////////////////////////
Menjelang subuh esok paginya, aku membuka mataku dan melihat matahari telahpun menyinari di wajahku. Aku bangun dengan laju kerana masih teringatkan kejadian yang baru ditimpa semalam lalu bergerak ke halaman ruang tamu. Aku melihat nenekku sedang melipat pakaiannya. Aku berjalan menuju ke arah nenekku lalu duduk menceritakan perkara yang amat mengerikan dalam seumur hidup aku kepada nenek. Selepas mendengar ceritaku, bukannya diberi reaksi yang ku fikirkan, malah menyindirkan dengan mengatakan "Ha, itulah. Lain kali basuh kaki dan membaca doa sebelum masuk tidur. Ini tidak, taunya mahu melayan keletihan kau saja. Benda-benda tu suka pada orang yang tidak amalkan amalan-amalan yang nenek sebutkan tadi." Kata nenekku. Aku mengeluh tetapi akur lalu berkata "Hmmm, benar juga kata nenek." Nenek melihat aku lalu tersenyum sinis bagaikan dia telah biasa melalui perkara yang terjadi pada diri aku semalam. Aku tidak mahu mengingati kejadian seram malam kelmarin lalu aku menggerakkan pergerakan tanganku untuk membantu nenek melipat pakaiannya. Cuma masih terlintas di fikiranku, siapakah lelaki tua itu dan mengapa wajahnya sungguh hodoh dan mengerikan tidak seperti manusia normal yang lain? Hanya Tuhan dan pengarang cerita ini sahaja yang tahu.
THE END.
BWAHAHHA SEDAP TAK CITER AKU XD