"I am so clever that sometimes I don't understand a single word of what I am saying." (Oscar Wilde)


blog / huephoric / twitter
Cerita Seram 2 (Benar lagi Seram)
Thursday, February 4, 2016
Cerita ni aku diinspirasikan oleh kawan karib aku sendiri. Cerita ni mungkin jugak ada tokok tambah tetapi InshaAllah tidak terlalu banyak. 'short' version story dan mungkin cerita ni tidak terlalu panjang. Kiranya aku nak cerita dengan ada bahasa pasar sedikit.

Cerita ni kisah benar yang telah diceritakan oleh tutttttt. Aku dah lama berkawan dengan tuttttt ini sejak aku masih sekolah rendah. Pada suatu petang, aku pergi ke rumahnya dengan menaiki motosikalku untuk sekadar berborak kosong. Lalu aku pun dipelawanya dan siap dihidangkan olehnya Burger McD dan ditambah pula dengan pizza hut. Pada waktu tu aku bersyukur walaupun rumahnya tidak sebesar mana, tetapi dia menghidangkan pelbagai makanan yang enak-enak. Pada waktu itu sungguh bertuahnya aku. Lalu kami mula berborak entah apa-apa sehinggalah dia menimbulkan cerita mengenai kisah hantu ataupun kisah seram. Dia pun berkata padaku "Wei, kau nak dengar tak cerita seram aku? Benda ni jadi masa subuh awal pagi tadi tau" Lalu aku seraya berkata "Hmmm, boleh juga. Sebab aku memang suka dengar kisah-kisah seram yang kau cerita selama ni." "Eh, tapi kali ni bukan cerita orang lain yang nampak, tapi kejadian ni aku lalui sendiri tau!" Kata dia sambil tersenyum sinis. Mendengar sahaja dia berkata kisah ini dia sendiri yang lalui, aku bertambah teruja sehingga bola mata hitamku semakin membesar. "Hah cerita lah!" Kata aku dengan nada yang teruja.

#Begini ceritanya. (KISAH TUTTTT)

Pada waktu pagi subuh, hari Sabtu lebih kurang dalam pukul 5.15 pagi, pada waktu itu aku terlelap ketiduran. Selepas beberapa minit, aku terjaga kerana aku merasaai bandanku telah bergegaran. Hal ini kerana, rumah aku diperbuat daripada kayu, jadi pabila sahaja seseorang itu berjalan sudah tentu lantai kayu rumah aku bergegar. Mana tidaknya, aku memang selalu tidur di lantai. Sudah menjadi kebiasaan keluargaku. Aku mengesat-ngesat mataku yang dipenuhi dengan tahi mata. Sementara itu aku melihat kelibat kakak aku sedang memakai pakaian. Yang mengejutkan aku, dia memakai pakaian sambil dalam keadaan berbogel. Aku sungguh terkejut dengan perbuatan kakakku lalu aku memarahinya "Wei! Apahal dengan engkau ni? Kenapa pakai baju berbogel depan aku ni?! Kau tak malu kah?!" Kataku. Kakakku hanya diam seribu bahasa tanpa berkata apa-apa tetapi meneruskan perbuantannya. Aku juga tidak nampak wajahnya kerana badannya bukan menghala dihadapan ku tetapi sebaliknya. Terasa bengang juga aku ketika itu kerana dia tidak mengendahkan kataku lalu aku bingkas bangun ingin menuju ke ruang tamu. Aku teringat bahawa kakakku bangun awal kerana dia memberitahu pada aku bahawa harini dia ingin ke Kuala Terengganu kerana telah menyertai Larian Merentas Desa peringkat negeri. Kemudian, aku melihat keruang tamu rumahku, tiada sesiapa. Adik-adikku pula aku tidak tahu mereka kemana. Lalu aku mencari ibuku di dapur kerana pada waktu begini, dia mesti disitu kerana sudah menjadi harian ibuku membuat kuih-muih untuk dijual ke pasar. Aku menuruni tangga dapurku dan memang benar sangkaanku bahawa ibuku sedang menguli tepung. Aku pun bertanya pada ibuku "Mak, dimana adik-adik? Diorang ada pergi mana-manakah?" Tetapi ibuku juga membisu tanpa berkata apa-apa. Tangannya masih menguli tepung tanpa memperdulikan aku berdiri di sini. Aku hairan dan berkata dalam hati kecilku, "Haihh, apa kena dengan orang di rumah ini. Pelik benar!" Aku pun malas ingin berfikir panjang, lalu aku menuju ke tandas tidak jauh dari kedudukannku dan pergi membuang air kecil sekali gus mengambil wudhuk untuk solat subuh.

Setelah itu, aku masih melihat ibuku masih berdiri menguli tepung. Lalu aku berjalan sambil berkata pada ibuku "Mak, orang naik atas dulu ya. Mahu solat subuh. Lepas solat orang tolong mak buat kuih ya." Punyalah panjang ayat yang aku luahkan, tetapi ibuku tetap berdiam walhal tangannya masih bergerak tanpa menoleh pun ke arah aku. Aku berkata bagaikan berbisik "Hmm, mak tak ada 'mood' kot." Lalu aku meniggalkan ibuku menguli tepung sendirian dan menaiki tangga untuk ke bilikku. Aku masuk ke bilikku. Aku melihat ke sekeliling bilikku dan kakakku sudah tiada disitu. Aku menyangka mungkin kakak ku sudah bergerak ke sana. Aku melihat jam dinding sudah tepat pukul 5.45 pagi. Aku berkata dalam hatiku "Hmm sudah masuk waktu agaknya." Aku memakai pakaian solat untuk menunaikan seruan Allah. Selepas beberapa minit selesai sahaja solat, aku membuka pakaian solatku dan melipatnya seterusnya meletakkan ke tempat asal. Entah mengapa sahaja aku berasa malas untuk membantu ibuku membuat kuih. Aku berniat untuk melengahkan masa lalu aku mengambil komik jepun yang terletak di sebelah kakiku. "Ahhh, buat lambat sedikit la. Tunggu kalau mak panggil aku suruh tolong, baru aku tolong" Kata aku dengan nada perlahan. Aku terus mengambil komik itu dan membacanya.

Setelah hampir sejam, ibuku masih lagi tidak memanggilku. Kebiasaannya, lambat sahaja 5 minit, ibuku akan berteriak memanggilku. Dek kerana membaca komik terlalu lama, secara tidak semena-mena aku ketiduran. Sehinggalah matahari sudah naik, aku terbangun dari tidur aku. Aku bangun dengan cemas kerana aku terlupa untuk membantu ibuku di dapur subuh tadi. Aku bergegas ke dapur dan melihat ibuku tiada di situ. Aku berdialog sendirian "Ahhhh! Masak aku! Mesti mak sudah berjual sekarang di pasar. Dia balik nanti habislah aku dikerjakannya." Aku menunduk mukaku termenung memandang lantai kayu rumahku yang buruk sambil berjalan perlahan menuju ke ruang tamu. Tiba-tiba, aku terdengar suara adik-adik yang serawing juga. Dari jauh sudah kedengaran. Aku berlari dan membuka pintu rumahku dan melihat mereka bersama-sama dengan ibuku. Walhal dalam hatiku takut benar kerana mungkin akan dimarahi oleh ibuku kerana tidak membantunya di dapur. Aku hanya menunggu mereka sampai ke sini. Setelah mereka hampir, mereka naik masuk ke rumah ini. Aku bertanya pada ibuku dengan kehairanan "Hai mak. Kenapa awal benar berjualan? Tak laku ke kuih-muih mak itu?" Ibuku aku lantas berkata "Apa yang kau merepek ni? Mak tidak berjualan hari ni. Mak kan dah kata, mak nak pergi rumah Makcik Tina sebab mak dah lama tak berjumpa dia. Mak pun bawalah sekali adik-adik kau ni temankan mak sekali" Kata ibuku sambil melihat keletah adik-adikku yang bergaduh hanya disebabkan oleh makanan ringan. Aku berasa sungguh pelik dan hairan dan sesungguhnya aku baru teringat bahawa semalam ibuku sudah memberitahu padaku. Aku melupakan hal ibuku dan bertanya pula padanya mengenai kakakku. "Mak, nak tanya ni. Kakak pergi Kuala Terengganu pukul berapa?" Balas ibuku, "Pukul 3 pagi. Dia mesti pergi awal pagi kerana ingin menuju ke sana kan 2,3 jam. Jadi abah kau terpaksa bangun awal hantarnya ke sana." Tambahnya pula, "Lagipun larian itu bermula pada pukul 7 pagi, jadi memang sah-sah la kena bergerak lebih awal" Kata ibuku padaku. Aku berfikir sejenak dengan kata-kata ibuku. Bukankah kakak tadi bersiap pada pukul 5.15 pagi, kenapa pula mak kata dia bergerak lebih awal dari waktu itu? Dengan tiba-tiba bulu roma aku tegak dan jantung aku mula berdebar.


                     **********************




"Hah? Kau rasa, siapa yang tengah uli tepung lepastu muka kelibat tu sama pulak macam mak aku? Pastu siapa pulak yang tukar baju sambil berbogel depan aku? Hahahaha. Masa tu aku memang seram ahh, aku memang tak boleh lupakan kejadian tu..........."Kata tuttttt sambil ketawa. "Ishhh, seram doe cerita kau ni. Sies la kau nampak?" "Haish, buat apa pulak aku tipu? Bukannya kau nak belanja aku makan pun". Tuttttt berkata-kata sambil melawak amat membuat suasana yang seram itu menjadi ceria. "Eh, dah la, dah nak senja ni, aku balik dulu." Kataku dan aku terus berdiri untuk menuju ke luar rumah. Tutttt bergurau dengan kasar, "Haah, hati-hati, nanti kalau motosikal rasa berat, ucap salam je kat benda tu. Hahahaha". "Hmm ye la aku tolong kirim salam untuk kau. Okaylah, aku balik dulu, goodbye my friend love u muah" Aku ketawa berdekah-dekah dengan lawak aku sendiri. "Haha, tak kelakar pun, okay bye". Aku pun menghidupkan enjin motosikal dan terus memecut bagaikan pelumba motosikal Grand Prix meniggalkan kawanku yang perangainya tidak ubah seperti orang kurang siuman.




THE END.


#ps: yang aku bawak moto pecut macam moto GP tu aku tambah hahahah start kat situ mmg tokok tambah. Tapi yang kat atas atas tu mmg situasi sebenar

Cerita Seram 1
Wednesday, February 3, 2016
Nama aku Jiminie. Aku merupakan seorang yang berketurunan kacukan Malay-Korea. Ibu aku merupakan keturunan Melayu manakala bapaku merupakan Korea asli. Ramai orang mengatakan bahawa rupa aku saling tidak tumpah seperti artis Kpop yang bernama Jimin dari kumpulan Bts. Aku dahulunya telah dijaga oleh nenekku sejak dari kecil lagi. Ibu bapaku sibuk menguruskan pekerjaan mereka dan mempunyai syarikat milikan bapaku sendiri di Korea. Sehingga aku sudah melangkaui alam dewasa, aku masih lagi membesar bersama dengan nenekku. Rumah nenekku tidaklah seindah sekata manisnya berbanding perumahan penduduk di sini. Tetapi aku tidak terlalu menghiraukannya kerana aku telah lama membesar disini malah lebih suka tinggal disini kerana keindahan permandangan di kampung ini. Berbalik pada ibu bapaku, hanya sekali sekala sahaja ibu bapaku pulang ke Malaysia untuk melawat kami disini. Kadangkala aku merasakan diriku terabai tetapi nenekku telah berpesan padaku bahawa mereka berkerja keras sehingga ke menara gading semata mata demi aku.Oleh itu aku terpaksa akur dengan kata-kata nenek. Mereka juga telah berjanji untuk membawaku dan nenekku ke Korea membina keluarga disana kelak.

Pada suatu malam, Aku baring berehat di atas katil di bilikku sendiri. Aku terlalu letih pada ketika itu kerana baru sahaja membantu nenekku berjualan di pasar malam yang terletak lebih kurang 500m dari rumahku. Aku berehat dan termenung akan apa yang terjadi pada masa depanku sedangkan aku masih tidak mendapat sebarang pekerjaan memandangkan keputusan SPM ku hanya mencapai lulus sahaja. Sedang asyik mengelamun sahaja, aku terlelap ketiduran tepat pada jam 12 tengah malam. Dalam keasyikan aku dibuai mimpi bertemu dengan bidadari yang indah tidak terkata rupanya, tidak semena-mena aku terjaga kerana tidak tertahan untuk membuang air besar. Setelah terbangun dari mimpi aku berkata kecil di dalam hatiku "Ahhh! Baru saja aku mau mendakap pipi bidadari itu tiba-tiba aku terbangun pula. Bikin kacau benar!" Lalu tanpa berlengah lagi aku bergegas ke bilik air untuk melepaskan hajatku.

Setelah sahaja selesai, aku kembali ke bilikku. Aku memandang jam di dinding yang menunjukkan telah hampir pukul 2 pagi. Aku masih mengantuk dan masih keletihan lagi. Mataku bagaikan tidak kelihatan sepeti telah dijahit dek kerana terlalu mengantuk. Lalu aku melihat ke arah katilku dan membayangkan katilku yang sangat empuk apabila dibaringkan badanku di atasnya. Aku bergerak ke katilku dan berniat untuk menyambung kembali mimpiku yang terbantut seketika tadi. Sedang ingin aku merebahkan badanku, dengan tersentak aku tidak sempat merebahkan badanku lalu terus bingkas bangun. Hal ini kerana aku terdengar satu bunyi yang sangat kuat seakan-akan ada sesorang yang mengenakan cangkul yang mengetuk-mengetuk batu kecil. Bunyinya tidak jauh hanya beberapa meter sahaja dari kedudukanku iaitu di luar tingkap sebelah bilikku. Aku ingin mengetahui apakah bunyinya itu dan berfikir adakah bunyi itu hanya khayalanku semata-mata. Lalu, aku memulakan langkahku setapak demi setapak menuju ke arah tingkap bilikku. Semakin aku maju, semakin kuat pula bunyinya. "Taaaaaakkk! taaaaaakkkk! taaaakkkkk!" Hatiku mula berdebar kencang saat aku melangkahkan kakiku.

Setelah aku hampir ke tingkap itu, aku dengan perlahan menyelak daun pintu yang telah usang dimamah anai-anai. "Kreeeeekkkkkkk..........." Kemudian aku menjulurkan kepala aku ke luar untuk melihat jikalau ada sesuatu. Yang anehnya, aku tidak melihat sebarang kelibat pun tetapi hanyalah kendengaran angin yang mendengus bagaikan menjerit meminta pertolongan. "Errrrrr, seram pula malam ini" kata hati kecilku. Tanpa berfikir panjang, aku menutup kembali daun pintu tingkap bilikku dengan perlahan. Setelah aku mengunci daun pintu tingkap itu, tidak sempat pun aku melangkah setapak bunyi yang baharu sahaja aku dengar sebentar tadi lagi kembali terdengar di telingaku. Kali ini bunyinya terlalu hampir dan seakan-akan berada di hadapanku. Aku memusingkan badanku semula kearah daun pintu tingkap yang telah aku kunci tadi. "Taaaaakkkk! Taakkkkk! Taaaaaakkkkkkkkk!" Kedengarannya berkali-kali. Aku membuka semula engsel kunci daun pintu tingkap itu perlahan dengan seluas-luasnya sehingga aku melihat satu kelibat seperti manusia sedang mencangkul tanah di kawasan luar rumahku. Kepala cangkulnya terkena pada batu-batu kecil setiap kali dia mengorek tanah yang keras itu. Aku tidak terkejut malah kehairanan kerana melihat susuk badannya yang tidak ubah seperti orang tua yang bongkok dan kulitnya kedut seribu memandangkan cahaya lampu nenekku yang menerangi kawasan di situ sehingga menampakkan seluruh tubuhnya. Aku berfikir jikalau dia ada niat yang tidak baik pada keluargaku lalu aku berteriak "Hei! Siapa tu??! Apa yang kau buat disini?" Teriak aku. Aku tidak nampak akan tampak wajahnya kerana dia tidak menoleh ke arahku, sebaliknya hanya dapat melihat sisinya sahaja. Dengan perlahan-lahan, dia menoleh kearah aku dan alangkah terkejutnya aku apabila melihatnya wajahnya yang sangat hodoh dan mengerikan berserta dilumuri dengan darah yang pekat. Sewaktu itu aku hanya terkaku, terdiam, dan tercengang bagaikan dirasuk. Lalu aku beristighfar lalu mengalihkan pandangan aku ke tepi dan terkumat-kamit membaca apa sahaja surah mulia yang terlintas di fikiran aku. Setelah aku puas membaca segala surah Al-Quran, Aku menoleh sedikit demi sedikit untuk melihat jika kelibat itu masih ada disitu. Aku bersyukur kerana kelibat itu telah pun lesap entah ke mana. Aku menghela nafas yang panjang lalu masih dalam ketakutan yang teramat sangat sehingga merasakan darah aku bagaikan terhenti, aku segera menutup daun pintu tingkap dengan pantas lalu terus berlari ke tempat tidurku dan memaksa diri runtuk melelapkan mata.

                                                            

                                                          \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\//////////////////////////



Menjelang subuh esok paginya, aku membuka mataku dan melihat matahari telahpun menyinari di wajahku. Aku bangun dengan laju kerana masih teringatkan kejadian yang baru ditimpa semalam lalu bergerak ke halaman ruang tamu. Aku melihat nenekku sedang melipat pakaiannya. Aku berjalan menuju ke arah nenekku lalu duduk menceritakan perkara yang amat mengerikan dalam seumur hidup aku kepada nenek. Selepas mendengar ceritaku, bukannya diberi reaksi yang ku fikirkan, malah menyindirkan dengan mengatakan "Ha, itulah. Lain kali basuh kaki dan membaca doa sebelum masuk tidur. Ini tidak, taunya mahu melayan keletihan kau saja. Benda-benda tu suka pada orang yang tidak amalkan amalan-amalan yang nenek sebutkan tadi." Kata nenekku. Aku mengeluh tetapi akur lalu berkata "Hmmm, benar juga kata nenek." Nenek melihat aku lalu tersenyum sinis bagaikan dia telah biasa melalui perkara yang terjadi pada diri aku semalam. Aku tidak mahu mengingati kejadian seram malam kelmarin lalu aku menggerakkan pergerakan tanganku untuk membantu nenek melipat pakaiannya. Cuma masih terlintas di fikiranku, siapakah lelaki tua itu dan mengapa wajahnya sungguh hodoh dan mengerikan tidak seperti manusia normal yang lain? Hanya Tuhan dan pengarang cerita ini sahaja yang tahu. 


THE END.




BWAHAHHA SEDAP TAK CITER AKU XD
























layout by ellie. image from weheartit.